Sunday, 28 April 2013

#5 - Junior Dance Competition

Hye Semua,

Nantikan Kemunculan Secret Crew
Dukacitanya kami terpaksa menunda Nadi Belia Festival yang sepatutnya berlangsung pada 27th dan 28 Apr ini kepada satu tarikh yang akan diberitahu atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.Tapi ini tak bermakna kami akan berhenti bekerja dan oleh sebab demikian kami akan gantikan event minggu ini dengan event yang lain.

Pada 27th & 28th April ini kami akan menganjurkan "Junior Dance Competition" yang akan membariskan beberapa kumpulan yang terdiri dari remaja bawah 16 tahun. Ini merupakan edisi kedua pertandingan kerana pada edisi pertama dahulu hanya terdapat 3 kumpulan sahaja yang bertanding. (Klik Sini)

Untuk edisi kali ini pula kami telah menerima penyertaan sebanyak 6 buah kumpulan dan mereka terdiri daripada : 

1) Mizz sasya
2) Show Stopper
3) One Team
4) Sweet Girl
5) Secret Group
6) Twin Girl

Tujuan kami mengadakan pertandingan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada adik-adik ini supaya mereka dapat mengembangkan bakat mereka dalam bidang tarian selain daripada salah satu platform untuk bertanding di pentas yang lebih besar.

Kami juga akan menjemput finalis Astro Superstar iaitu Secret Crew yang akan turut membuat persembahan pada malam itu. Kepada mereka yang merindui gerak tari Secret Crew ini anda semua dijemput untuk hadir ke Downtown MAS Kg Baru.\

Okay, that all for now dan kepada mereka yang berada disekitar Lembah Kelang, anda semua dijemput pada hujung minggu ini bagi pertandingan ini dan pihak kami akan upadate info tentang Nadi Belia Festival dari masa ke semasa.

Regards,
M-NEC

Thursday, 25 April 2013

#6 - Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My

Salam Semua,



Untuk entry kali ini kami ingin hoin segmen pertama kami untuk Downtown Kg Baru..Mungkin one day bila masa sesuai kami pula akan membuat satu sagmen untuk korang. Segmen kali ini merupakan segmen Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My.Antara sebab kenapa  kami join segmen ini ialah.

Kenapa korang mesti ada dalam bloglist fuh.my?

*Purata Page View harian 50,000 SEHARI (so, komfem korang dapat tempias dari trafik fuh.my sekiranya *korang berada dalam bloglist fuh.my)
*Google Page Rank 3
*Backlink berkualiti dari fuh.my
*Dapat memperkenalkan blog korang kepada blogger-blogger lain
*Top referrer akan mendapat Cash/Topup RM30 (mesti lebih 50 referrer)

Segmen nie sebenarnya sangat senang dan kalau korang rasa nak join segmen ini korang boleh laa (Klik Sini)

Regards,
M-Nec

Wednesday, 10 April 2013

#4 - Nadi Belia Festival

Hye Readers,

Nadi Belia Festival


Kami kembali dengan event mega bertempat di Downtown Kg Baru, Untuk event seterusnya kami mempersembahkan Nadi Belia Festival yang akan berlangsung pada:

Tarikh : 27 & 28 April 2013 ( 25 &26 Mei 2013)
Masa  : 10.00am hingga 3.00am
Tempat: Downtown MAS Kg Baru

Sepanjang 2 hari berlangsungya Nadi Belia Festival akan menyediakan beberapa acara dan program yang menarik untuk pengunjung. antaranya ialah:

* Pertandingan X-Games (BMX, Skating etc)
* Klinik "how to do trick" (x-games)
* Demo xgames (Inline skating, bmx etc)
* Persembahan Kebudayaan,
* Persembahan Capoeira
* Lebih dari 30 Booth Barangan dari pengusaha tempatan (#Lokalah)
* Persembahan dari artis.
* Pameran Kraftangan dan Batik

Itu antara beberapa program yang akan berlangsung pada hari tersebut..Kami akan terus update mengenai penambahan program dan aturcara sebaik sahaja mendapat pengesahan. Anda semua dijemput hadir dan jangan lupa untuk bawa bf/gf/adik/kakak/abg/mak/ayah serta sesiapa sahaja yang anda jumpa ke festival ini.

Regards,
M-Nec