Monday 27 May 2013

#9 - Downtown Mini Carnival

Hye Semua,



Bersempena dengan cuti sekolah ini Downtown Kg Baru Management akan mengadakan satu mini carnival untuk semua para pengunjung. Mini Carnival yang akan selangsung selama 2 hari tersebut juga akan dipenuhi dengan pelbagai acara untuk seisi keluarga. Butiran Mini Carnival tersebut adalah seperti berikut.

Downtown Mini Carnival

Date    : 1 & 2 June 2013
Time    : 10am - 12pm
Venue  : Downtown MAS Kg Baru

Antara acara yang disediakan oleh para pengunjung adalah permain Inflatable games, Games Stall, pertandingan mewarna, pertandingan mencanting batik dan banyak lagi. Kami juga akan mengadakan pertandingan untuk games stall dan Inflatables games pada sebelah petang. Antara inflables yang kami sediakan pada pengunjung adalah seperti berikut:-

Jungle Combo

Mountain Challange
Gladiator
Pada sebelah malam pula pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan tarian dari Secret Crew, persembahan Magic dari Ejik The Magic dan juga persembahan dari artis antaranya kumpulan Ukays, Sheeda, Eva, Datin Zaiton Sameon dan ramai lagi.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan anda boleh melayari laman FB kami (Klik Sini) atau melalui twitter kami @Downtownkgb 

Jadi mari ajak seisi keluarga, sahabar handai, rakan sebilik, rakan serumah dan sesiapa sahaja ke mini carnival ini..Masuk adalah PERCUMA!!!

p/s: Untuk pertanyaan tentang sewa tapak untuk event ini sila call staff yang bertugas iaitu Cik Sharifah Mahani di talian 017-3741655

Regards,
M-Nec

Tuesday 21 May 2013

#7 Aktiviti Minggu Ini ( 24-26 May 2013)

Hye Readers,

Amy Ukays
Minggu ini downtown Kg Baru dengan berbesar hari menerima kedatangan Amy Ukays yang akan membuat  persembahan di pentas Downtown Kg Baru dan juga beliau akan mempromosi single terbaru album mereka..Sebenarnya dah lama juga tak dengar lagui dari kumpulan Ukays ini..

Amy dijangka akan membuat persembahan tersebut pada hari sabtu 25 May 2013 pada jam 11.00mlm hingga jam 12.00 malam..Jadi di samping melihat gerai-gerai yang ada, anda boleh laa melihat persembahan beliau..

Di samping itu juga, pihak kami juga pameran batik bertempat di hadapan pentas Downtown Kg Baru..Anda boleh lihat sendiri bagaimana cara atau teknik-teknik mencanting batik ini..Kalau tak silap saya anda boleh cuba untuk mencanting batik sendiri..macam adk kat bawah ini..

Ini Gambar 2 Minggu Lepas
So itu laa antara aktiviti yang akan berlangsung minggu ini..So kepada mereka yang berada di kawasan berdekatan atau ade kelapangan boleh laa berkunjung ke Downtown MAS Kg Baru..Kepada mereka yang ingin meyewa lot gerai di sini anda boleh berhubung terus dengan kami...untuk detail sila Klik Sini

Regards,
M-Nec

Sunday 19 May 2013

#6 Tapak Niaga Downtown Kg Baru

Hye Readers,


Buat yang masih tidak tahu tapak niaga untuk Downtown Kg Baru masih dibuka kepada orang ramai. So kepada peniaga yang ingin berniaga di Downtown Kampung Baru detail untuk tapak adalah seperti berikut:-

Lokasi : Downtown Kg Baru, Jln Dewan Sultan Sulaiman, KL
Sewa : RM 500
Keluasan : 10 x 10
Jenis Perniagaan : Kering & Makanan

Kemudahan yang disediakan:


* Khemah
* Permit
* Elektrik
* 1 Plug point

Jika berminat sila hubungi Cik Mahani 0173741655 / En Shah 0123058916

Jarak tapak lokasi dr Jln TAR & Masjid India = 15 min jalan kaki / 5 min kereta
Jarak tapak lokasi ke Bazaar Ramadhan terkenal Jalan Raja Alang, Kg Baru = 5minit jalan kaki

** Tempahan tapak untuk bulan Ramadhan telah dibuka sekarang!

Rebut peluang anda hari ini!!

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan anda dinasihatkan agar berhubung dengan Downtown Kg Baru Management dengan no contact seperti tertera di atas...

Regards,
M-Nec

Sunday 28 April 2013

#5 - Junior Dance Competition

Hye Semua,

Nantikan Kemunculan Secret Crew
Dukacitanya kami terpaksa menunda Nadi Belia Festival yang sepatutnya berlangsung pada 27th dan 28 Apr ini kepada satu tarikh yang akan diberitahu atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.Tapi ini tak bermakna kami akan berhenti bekerja dan oleh sebab demikian kami akan gantikan event minggu ini dengan event yang lain.

Pada 27th & 28th April ini kami akan menganjurkan "Junior Dance Competition" yang akan membariskan beberapa kumpulan yang terdiri dari remaja bawah 16 tahun. Ini merupakan edisi kedua pertandingan kerana pada edisi pertama dahulu hanya terdapat 3 kumpulan sahaja yang bertanding. (Klik Sini)

Untuk edisi kali ini pula kami telah menerima penyertaan sebanyak 6 buah kumpulan dan mereka terdiri daripada : 

1) Mizz sasya
2) Show Stopper
3) One Team
4) Sweet Girl
5) Secret Group
6) Twin Girl

Tujuan kami mengadakan pertandingan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada adik-adik ini supaya mereka dapat mengembangkan bakat mereka dalam bidang tarian selain daripada salah satu platform untuk bertanding di pentas yang lebih besar.

Kami juga akan menjemput finalis Astro Superstar iaitu Secret Crew yang akan turut membuat persembahan pada malam itu. Kepada mereka yang merindui gerak tari Secret Crew ini anda semua dijemput untuk hadir ke Downtown MAS Kg Baru.\

Okay, that all for now dan kepada mereka yang berada disekitar Lembah Kelang, anda semua dijemput pada hujung minggu ini bagi pertandingan ini dan pihak kami akan upadate info tentang Nadi Belia Festival dari masa ke semasa.

Regards,
M-NEC

Thursday 25 April 2013

#6 - Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My

Salam Semua,



Untuk entry kali ini kami ingin hoin segmen pertama kami untuk Downtown Kg Baru..Mungkin one day bila masa sesuai kami pula akan membuat satu sagmen untuk korang. Segmen kali ini merupakan segmen Saya Nak Masuk Dalam Bloglist Fuh.My.Antara sebab kenapa  kami join segmen ini ialah.

Kenapa korang mesti ada dalam bloglist fuh.my?

*Purata Page View harian 50,000 SEHARI (so, komfem korang dapat tempias dari trafik fuh.my sekiranya *korang berada dalam bloglist fuh.my)
*Google Page Rank 3
*Backlink berkualiti dari fuh.my
*Dapat memperkenalkan blog korang kepada blogger-blogger lain
*Top referrer akan mendapat Cash/Topup RM30 (mesti lebih 50 referrer)

Segmen nie sebenarnya sangat senang dan kalau korang rasa nak join segmen ini korang boleh laa (Klik Sini)

Regards,
M-Nec

Wednesday 10 April 2013

#4 - Nadi Belia Festival

Hye Readers,

Nadi Belia Festival


Kami kembali dengan event mega bertempat di Downtown Kg Baru, Untuk event seterusnya kami mempersembahkan Nadi Belia Festival yang akan berlangsung pada:

Tarikh : 27 & 28 April 2013 ( 25 &26 Mei 2013)
Masa  : 10.00am hingga 3.00am
Tempat: Downtown MAS Kg Baru

Sepanjang 2 hari berlangsungya Nadi Belia Festival akan menyediakan beberapa acara dan program yang menarik untuk pengunjung. antaranya ialah:

* Pertandingan X-Games (BMX, Skating etc)
* Klinik "how to do trick" (x-games)
* Demo xgames (Inline skating, bmx etc)
* Persembahan Kebudayaan,
* Persembahan Capoeira
* Lebih dari 30 Booth Barangan dari pengusaha tempatan (#Lokalah)
* Persembahan dari artis.
* Pameran Kraftangan dan Batik

Itu antara beberapa program yang akan berlangsung pada hari tersebut..Kami akan terus update mengenai penambahan program dan aturcara sebaik sahaja mendapat pengesahan. Anda semua dijemput hadir dan jangan lupa untuk bawa bf/gf/adik/kakak/abg/mak/ayah serta sesiapa sahaja yang anda jumpa ke festival ini.

Regards,
M-Nec

Thursday 4 April 2013

#3 - Aktiviti Bulan Mac Downtown Kg Baru

Hye Readers,

Sejak dari pembukaan Downtown MAS Kampung Baru pihak kami telah menjalankan beberapa akitiviti untuk para pengunjung dan peniaga disini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Aktiviti tarian kebudayaan, Pertandingan Karaoke, Autoshow dan lain-lain.

Kami mulakan aktiviti kami pada 1 & 2 Mac 2013 dengan beberapa persembahan tarian kebudayaan dari penari  cikik Acasia Setiawangsa, Persembahan tarian dari kumpulan Secret Crew,persembahan autoshow dari kelab Viva Extreme Motorsport dan persembahan freestyle dari penunggang motosikal Scrambler.





Pada pertengahan bulan Mac pula pihak kami ade menjalankan beberapa event termasuk dengan memanggil semula adik-adik dari Secrets Crew untuk membuat persembahan dan persembahan silap mata dari seorang ahli silap mata yang juga merupakan salah seorang warga Kg Baru...








Akhir sekali pada penghujung bulan mac kami telah membuat satu pertandingan karaoke yang menawarkan hadiah lumayan selain dah juga turut diserikan lagi dengan tarian dari penari cilik Acasia Setiawangsa.






Jadi itulah antara beberapa events yang sempat kami ceritakan, sebenarnya sepanjang minggu banyak lagi event yang pihak kami jalankan dan pada penghujung april ini kami merancang untuk mengada satu event yang besar khas untuk para-para belia di Malaysia. Maklumat lanjut akan menyusul....

Terima Kasih

Regards,
M-Nec

#2 - Perasmian Downtown MAS Kampung Baru

As Salam/Greeting


Downtown MAS Kg Baru ini sebenarnya telah dilancarkan pada 2 Febuari 2013 iaitu sehari bersempena dengan sambutan Hari Wilayah yang lepas. Perasmian tersebut dijalan oleh Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Titiwangsa, YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani. Hadir sama, Setiausaha Kehormat M.A.S, Saudara Samsuri Suradi serta pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Downtown Kg Baru ini sebenarnya mempunyai misi dan visi mereka tersendiri. Bukan hanya sekadar tempat untuk mmeniaga tetapi Downtown Kg baru ini mempunyai rancangan masa panjang iaitu untuk menjadikan tempat sini sebagai Malaytown sebaris dengan China Town yang digerakkan oleh rakan-rakan berbangsa cina dan juga Little India untuk rakan-rakan peniaga yang berbangsa India.

Mari kita lihat gambar-gambar sekitar pelancaran Downtown Kampung Baru






Sekian Terima kasih,

Regards,
M-Nec

Wednesday 3 April 2013

#1 - Mengenai Downtown MAS Kampung Baru

Salam/Greeting,



Pertama kali kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Pentadbiran MAS Kampung Baru kerana hasil kerjasama mereka dan pihak DBKL akhirnya tertubuh sebuah Downtown bertempat di Kampung Baru..

Downtown Kg Baru Management telah diberikan tangungjawab bagi untuk menguruskan Downtown Kampung Baru yang akan beroperasi pada setiap hari Jumaat hingga Ahad bermula pada 7.30 mlm sehingga 2.30pagi. 

Tujuan blog ini dibina adalah sebagai satu sumber rasmi tentang aktiviti yang berlaku di Downtown Kg Baru selain daripada menjadi tempat bagi peniaga mempromosi barangan mereka secara online kelak. Selain daripada blog ini anda juga boleh berinteraksi bersama kami melalui platform berikut:-

Facebook  : Downtown MAS Kg Baru
Twitter       : @Downtownkgb 

Sampai disini dulu entry kami dan kami akan bercerita lebih lanjut tentang Downtown MAS Kg Baru ini dalam entry kami akan datang.

Regards,
M-Nec