Downtown MAS Kg Baru ini sebenarnya telah dilancarkan pada 2 Febuari 2013 iaitu sehari bersempena dengan sambutan Hari Wilayah yang lepas. Perasmian tersebut dijalan oleh Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Titiwangsa, YBhg. Datuk Johari Abdul Ghani. Hadir sama, Setiausaha Kehormat M.A.S, Saudara Samsuri Suradi serta pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.
Downtown Kg Baru ini sebenarnya mempunyai misi dan visi mereka tersendiri. Bukan hanya sekadar tempat untuk mmeniaga tetapi Downtown Kg baru ini mempunyai rancangan masa panjang iaitu untuk menjadikan tempat sini sebagai Malaytown sebaris dengan China Town yang digerakkan oleh rakan-rakan berbangsa cina dan juga Little India untuk rakan-rakan peniaga yang berbangsa India.
Mari kita lihat gambar-gambar sekitar pelancaran Downtown Kampung Baru
Sekian Terima kasih,
Regards,
M-Nec
No comments:
Post a Comment