Monday 27 May 2013

#9 - Downtown Mini Carnival

Hye Semua,



Bersempena dengan cuti sekolah ini Downtown Kg Baru Management akan mengadakan satu mini carnival untuk semua para pengunjung. Mini Carnival yang akan selangsung selama 2 hari tersebut juga akan dipenuhi dengan pelbagai acara untuk seisi keluarga. Butiran Mini Carnival tersebut adalah seperti berikut.

Downtown Mini Carnival

Date    : 1 & 2 June 2013
Time    : 10am - 12pm
Venue  : Downtown MAS Kg Baru

Antara acara yang disediakan oleh para pengunjung adalah permain Inflatable games, Games Stall, pertandingan mewarna, pertandingan mencanting batik dan banyak lagi. Kami juga akan mengadakan pertandingan untuk games stall dan Inflatables games pada sebelah petang. Antara inflables yang kami sediakan pada pengunjung adalah seperti berikut:-

Jungle Combo

Mountain Challange
Gladiator
Pada sebelah malam pula pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan tarian dari Secret Crew, persembahan Magic dari Ejik The Magic dan juga persembahan dari artis antaranya kumpulan Ukays, Sheeda, Eva, Datin Zaiton Sameon dan ramai lagi.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan anda boleh melayari laman FB kami (Klik Sini) atau melalui twitter kami @Downtownkgb 

Jadi mari ajak seisi keluarga, sahabar handai, rakan sebilik, rakan serumah dan sesiapa sahaja ke mini carnival ini..Masuk adalah PERCUMA!!!

p/s: Untuk pertanyaan tentang sewa tapak untuk event ini sila call staff yang bertugas iaitu Cik Sharifah Mahani di talian 017-3741655

Regards,
M-Nec

Tuesday 21 May 2013

#7 Aktiviti Minggu Ini ( 24-26 May 2013)

Hye Readers,

Amy Ukays
Minggu ini downtown Kg Baru dengan berbesar hari menerima kedatangan Amy Ukays yang akan membuat  persembahan di pentas Downtown Kg Baru dan juga beliau akan mempromosi single terbaru album mereka..Sebenarnya dah lama juga tak dengar lagui dari kumpulan Ukays ini..

Amy dijangka akan membuat persembahan tersebut pada hari sabtu 25 May 2013 pada jam 11.00mlm hingga jam 12.00 malam..Jadi di samping melihat gerai-gerai yang ada, anda boleh laa melihat persembahan beliau..

Di samping itu juga, pihak kami juga pameran batik bertempat di hadapan pentas Downtown Kg Baru..Anda boleh lihat sendiri bagaimana cara atau teknik-teknik mencanting batik ini..Kalau tak silap saya anda boleh cuba untuk mencanting batik sendiri..macam adk kat bawah ini..

Ini Gambar 2 Minggu Lepas
So itu laa antara aktiviti yang akan berlangsung minggu ini..So kepada mereka yang berada di kawasan berdekatan atau ade kelapangan boleh laa berkunjung ke Downtown MAS Kg Baru..Kepada mereka yang ingin meyewa lot gerai di sini anda boleh berhubung terus dengan kami...untuk detail sila Klik Sini

Regards,
M-Nec

Sunday 19 May 2013

#6 Tapak Niaga Downtown Kg Baru

Hye Readers,


Buat yang masih tidak tahu tapak niaga untuk Downtown Kg Baru masih dibuka kepada orang ramai. So kepada peniaga yang ingin berniaga di Downtown Kampung Baru detail untuk tapak adalah seperti berikut:-

Lokasi : Downtown Kg Baru, Jln Dewan Sultan Sulaiman, KL
Sewa : RM 500
Keluasan : 10 x 10
Jenis Perniagaan : Kering & Makanan

Kemudahan yang disediakan:


* Khemah
* Permit
* Elektrik
* 1 Plug point

Jika berminat sila hubungi Cik Mahani 0173741655 / En Shah 0123058916

Jarak tapak lokasi dr Jln TAR & Masjid India = 15 min jalan kaki / 5 min kereta
Jarak tapak lokasi ke Bazaar Ramadhan terkenal Jalan Raja Alang, Kg Baru = 5minit jalan kaki

** Tempahan tapak untuk bulan Ramadhan telah dibuka sekarang!

Rebut peluang anda hari ini!!

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan anda dinasihatkan agar berhubung dengan Downtown Kg Baru Management dengan no contact seperti tertera di atas...

Regards,
M-Nec